Bagi tiap-tiap
seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah
Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan
kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan
apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)
Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang
raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam.
Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya
seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah
maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai
hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di
sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku
tentang Muhammad.”
Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya
tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim:
“Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”
Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah
mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap
katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur
Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia
membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang
kita.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan
dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik,
kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.
Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang
untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja,
baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan Siti
Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja
tersebut.
Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu
berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”
Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian
untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna
hitam.
Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian
tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap
raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah
kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah
SAW.
Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah
SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan
Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu
Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah
Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”
Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib
maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan
tenang tanpa rasa takut.
Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai
Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah
mukjizat kamu itu?”
Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang
kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu
terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah
terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar
melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui
lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi
satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah
kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu
tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan
berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”
Setelah mendengar begitu banyak yang raja
Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:
Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku
melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman
kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”
Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan
itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah
mengatakan yang cukup baik dan tepat.”
Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki
gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa
kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan
12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.
Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika
yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan
berfirman:
“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan
bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan
telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman
azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah
kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan
keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan,
malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak
mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan
kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya
dan kedua matanya.”
Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari
gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di
angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqam
Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.
Matahari mulai seakan-akan berlari cepat,
ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan
terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW
memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan
seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW.
Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2
dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui
lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui
lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan
cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata:
“Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya
bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah
orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang
menyalahi engkau.”
Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun
kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan
menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib
telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka
diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat
lagi.”
Belum sempat Habib hendak berkata maka
baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang
tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak
mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah
mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat
segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah
iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu
sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang
satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya
Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”
Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk
Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah
tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan
tuan.”
Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu
Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk
ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu
alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya
bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi
bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).
Raja Habib tercengang dengan kalimah yang
diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang
mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”
Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu
saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya
ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan
segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri
saya tidak ada yang
kurang seperti yang ayah lihat
sekarang”
Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada
Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib
mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta
dengan beberapa orang hamba
dikirimkan kepada Rasulullah
SAW.
Ketika rombongan yang membawa segala hadiah
dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama
kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”
Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik
raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah
SAW.”
Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan
dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh
rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang
tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku
peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan
datang bersama mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan kedatangan orang ramai maka
berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik
raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini
kepada Rasulullah SAW.”
Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan
kesemua harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk
Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan
sesuatu?”
Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami
setuju.”
Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah
memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta
ini.
Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini
esok pagi.”
Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah
SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada
berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada
berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga
pagi.
Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka
ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan.
Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama
kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi
unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan
Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah
tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.
Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu
Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk
melakukannya.”
Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta
tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah
berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”
Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka
bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah,
kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan
kepada Rasulullah SAW.”
Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka
RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang
dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan
perak yang
ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga
menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi
pasir.”
Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas
dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar